Emas di Mesir
Sejarah Mesir mencatatkan penggunaan emas yang lebih agung dari mana-mana bangsa atau tamadun didunia ini. Emas dipakai oleh raja, pembesar dan digunakan dalam setiap upacara besar-besaran. Ketika zaman firaun berkuasa, bangsa Mesir yang menyembah matahari menganggap emas adalah satu bentuk tuhan yang berada di bumi. Ini kerana, ketika itu hanya logam emas yang berkilau seperti kilauan matahari sama seperti tuhan mereka.
Jadi tidak hairan jika setiap makam firaun, piramid dan semua tempat bersejarah di Mesir mempunyai bilik rahsia yang terkandung didalamnya ratusan juta artifak diperbuat daripada emas. Ini termasuk keranda diraja, lapisan luar mayat diraja, bekas mayat binatang diraja dan sebagainya diperbuat daripada emas.
Sistem penghambaan ketika dahulu memudahkan raja-raja Mesir memperhambakan apa sahaja bangsa selain mereka untuk menggali emas terutamanya di Lembah Sungai Nil berdekatan dengan Laut Merah dan di Nubia, hamba-hamba tersebut dikawal ketat oleh pasukan tentera diraja, suatu yang bukan lagi rahsia ketika itu, hamba yang dibawa ke tempat perlombongan emas tidak akan kembali semula. Tempat perlombongan adalah sangat bahaya dan dilakukan tanpa peralatan yang mencukupi.
Selepas kehabisan bekalan emas di Mesir, tentera menyerang Jordan, Syria, Yemen untuk mendapatkan emas bagi upacara keagamaan mereka. Ketika ini disebut, terdapat 75% lagi artifak emas mesir masih tertanam di padang pasir dan menunggu masa untuk dikeluarkan.
Dalam Al-Quran juga ada menyebut saudara Nabi Musa A.S bernama Qarun mempunyai harta melipah ruah malah melebihi kekayaan Firaun itu sendiri sebelum dia mati ditelan bumi. Kaedah sains telah membuktikan kewujudan emas ini (mungkin secara geo, seismic dan sonic)
Dan akhirnya pada 2011, Sejarah membuktikan sekali lagi kekayaan emas dimiliki Presiden Hosni Mubarak memiliki hampir RM200b aset termasuk bertan-tan emas.
Kekayaan yang tidak seimbang diantara pemimpin dan rakyat inilah yang mencetuskan rusuhan, protes selain sikap sekularisme pemimpin mesir yang mengikut telunjuk barat dan israel. Hosni Mubarak, you are fired! Read more...