Dinar Itu Racun
Dinar Itu Racun
Menjual dan membeli emas pelaburan (gold bar & dinar)
Berminat utk menjadi agen public gold email saya di rahsiakecantikan@yahoo.com
Menjual produk kesihatan dan kecantikan online rahsiakecantikan.com
Dinar Itu Racun
Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram. Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut. ‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’- Sourse Public Dinar .Dinar Emas Kelantan
Dinar Emas Kelantan dikeluarkan oleh Permodalan Kelantan Berhad dan pelancarannya telah dibuat pada 20 September 2006. Dinar Emas Kelantan dikeluarkan dalam 4 saiz iaitu 1/4 Dinar, 1/2 Dinar, 1 Dinar dan 2 Dinar. 
* Satu Dinar merujuk kepada emas 22 Karat atau emas 916 yang beratnya 2.25 gram. Syiling Dinar Emas berbentuk bulat, senang untuk dibawa atau disimpan. Kilauan kekuningan emas tentu sekali membuatkan anda terpesona. Ar-Rahn merupakan pejabat jualan Dinar Emas Kelantan yang berada diseluruh Semenanjung. Bagi anda yang berada di Selangor dan Wilayah Persekutuan, anda boleh dapatkan Dinar Emas Kelantan di cawangan Ar-Rahn seperti berikut:
Ar-Rahn Raja Laut No. 44G, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel : 03-26933433 Fax : 03-26933431 Ar-Rahn Kajang No. 10 Jalan Raja Harun 43000 Kajang Selangor Tel: 03-87361517 Fax: 03-87367552 Ar-Rahn Rawang No. 49, Jalan Maxwell, 48000 Rawang, Selangor. Tel : 03-60928441 Fax : 03-60928429 Anda boleh melihat cawangan2 Ar-Rahn dari laman web resmi Dinar Emas Kelantan. Harga belian dan jualan dapat dilihat dari laman web yang sama. Perbezaan harga belian dan jualan ialah RM5, RM10, RM20 dan RM40 mengikut kategori masing2. Pandangan peribadi saya, spread yang rendah membuatkan ramai yang berminat terutama untuk tujuan pelaburan. Di Ar-Rahn juga anda boleh memajak emas, jika anda hendak menggunakan wang sementara. Kebaikan Emas Dinar Kelantan: - harga lebih murah berbanding emas 999.9 atau emas 24 karat - sifatnya lebih keras, jadi tidak mudah calar atau bengkok - boleh digadai, jika hendak gunakan wang sementara - boleh dijual untuk mendapatkan wang anda semula Kenapa perlu simpan dinar? - Ia merupakan wang sunnah - Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value) - Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide) - Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase) - Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation) Selamat menyimpan@melabur - DINAR EMAS

Didalam artikel ini ade membincangkan tentang betapa Dinar boleh digunakan untuk mengurangkan kos menunaikan Haji di point no 4 berkenaan....
"4. Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 70 dinar tapi tahun 2009 hanya perlu 21 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai."
Pendaftaran Pakej Haji 2010M/1431H. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :
27/10-6/12 KT AWAL (42hari) RM19,870
6/11-17/12 KT AKHIR (42hari) RM18,980
(sumber : HajiUmrah.com)
Kos haji meningkat setiap tahun tu. Berdasarkan statistik 10 tahun terakhir, biaya haji menerusi Dinar terus menerus mengalami penurunan. Tahun 2000 biaya haji sekitar 70 Dinar tetapi tahun ini (2009) hanya sekitar 21 Dinar sahaja diperlukan dimana ia mengalami penurunan purata 12% setahun.
Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan-bulan Haji dengan mengerjakan Rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah:196). “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga”.
Kesimpulan,
Mari kita menyimpan mula dengan menyimpan 1 Dinar dengan harga RM560 ( 1 Mei 2010 ) mulai hari ini dan simpan setahun paling kurang 2 keping.
© Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP