Powered by Blogger.
Authorized Dealer (A3668) Public Fine Gold International Sdn Bhd

Menjual dan membeli emas pelaburan (gold bar & dinar)

Berminat utk menjadi agen public gold email saya di rahsiakecantikan@yahoo.com

Menjual produk kesihatan dan kecantikan online rahsiakecantikan.com

Showing posts with label PELABURAN EMAS. Show all posts
Showing posts with label PELABURAN EMAS. Show all posts

Masa Sesuai Nak Beli Emas?!

Friday, 14 September 2012

Pernah beberapa teman dan kenalan yang apabila bercerita sahaja mengenai topik emas, dialog-dialog seperti berikut pasti terkeluar dari mulut mereka yang masih belum memulakan pelaburan dalam emas. Contohnya:
“eh, emas mahal kan sekarang”
“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”
“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”
“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”
“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”
“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”
“saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “

Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi mereka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!. Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar

Berbalik kepada bualan-bualan orang ramai tadi, jawapan yang sesuai adalah seperti berikut:

“eh, emas mahal kan sekarang”
Memang la mahal, tetapi, esok lusa di masa depan lagi mahal. Oleh itu, jangan tunggu-tunggu lagi, andai anda mempunyai wang tunai yang tidak diperlukan segera dalam simpanan, terus sahaja tukar dan ikatnya pada nilaian emas. Anda tak akan rugi kerana lebih rugi apabila memandang ke belakang dan berkata “alamak, ruginya waktu harga tengah rendah hari tu saya tak beli….” Keluhan panjang anda sudah lagi tidak berguna kerana harga emas tidak akan menunggu anda dan ianya akan terus meningkat dan meningkat tiap tahun.

“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”
Benar! tetapi semua pelaburan yang baik sememangnya begitu, dan pelaburan emas boleh jadi dalam jangkamasa pendek bergantung kepada target keuntungan yang anda ingin peroleh Sekiranya cukup sekadar untuk lebih baik daripada pelaburan amanah saham, sudah tentu pelaburan emas adalah lebih baik.

“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”
Berhenti bermimpi! Sesungguhnya ianya tidak akan berlaku lagi kerana harga komoditi ini sama seperti juga harga petrol dunia. Cuba tanya mana-mana pekerja Petronas begini “agak-agak harga minyak nanti akan turun macam tahun 2001 tak? dalam RM1/liter kan seronok” sudah tentu lah tidak bukan, jadi berhenti berangan atau berangan untuk menunggu dan terus menunggu lagi kerana anda adalah antara orang yang dalam kerugian:)

“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”
Ramai pakar-pakar ekonomi yang lebih bijak dari anda telah percaya akan pelaburan ini, jadi kalau orang yang tidak berlatar belakang kan pengajian ekonomi masih tidak percaya dan mahu mengkaji, terpulanglah. Statistik dan fakta telah terbukti. Hadith riwayat Rasululllah pun ada menyebut tentang pelaburan emas dan perak (dinar dan dirham) adalah simpanan yang baik.
Sabda Rasulullah SAW: “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” – Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”
Fahaman ini yang harus diubah sebenarnya. Orang ramai menganggap membeli emas adalah sama seperti membeli barang-barang lain seperti pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya. Di mana mereka percaya apabila sudah berbelanja, maka duit itu telah tiada lagi. Para pembaca sekelian, sebenarnya apabila anda membeli emas, wang anda lansung tidak terusik dan berkurang dari simpanan, malah ianya akan berganda lebih banyak dari jumlah asal. Anda telah mengikat matawang anda dengan nilaian emas. Dengan emas, apabila disaat anda sangat memerlukan wang untuk digunakan, anda sama ada boleh menjual balik emas tersebut pada harga yang tinggi (keuntungan) atau hanya cukup sekadar memajaknya di mana-mana sistem pajak gadai islam AR RAHNU. Percayalah, cara ini adalah lebih menunguntungkan dan berbaloi.

“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”
Bagus! niat anda untuk mengkaji dan mendalami ilmu emas adalah satu tindakan yang bijak. Namun, berapa lama masa yang anda akan ambil untuk benar-benar berpuas hati dan ready untuk mula melabur?! Ingat! masa itu emas, dan lagi banyak masa yang terlepas, begitulah juga kerugian anda untuk lambat mengambil tindakan.

saya pernah dengar orang kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “
Pernahkan anda bertanya pada diri sendiri, agaknya, ada tak waktu untuk harga petrol dunia kembali rendah sehingga ke paras RM 0.70/liter, atau harga gula kembali rendah, harga susu menyusut, harga air sirap segelas hanya Rm0.10 seperti dulu-dulu, harga nasi lemak hanya RM0.50 dan sebagainya. MUSTAHIL bukan?! Begitu juga harga emas yang terus melonjak naik dengan tinggi dan telah Skyrocketed sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Jadi… bagaimana pendapat anda akan kenaikan emas yang berganda dengan giatnya ini setiap tahun?! Bagaimana pula dengan tahun hadapan 2011?! Bagaimana dengan tahun-tahun yang seterusnya?! Bagaimana dengan 10 tahun yang akan mendatang?! Ramai pakar-pakar pelabur emas dunia dan pakar ekonomi telah menjangkakan kenaikan 10 tahun yang akan datang tidak lagi 457.66% seperti 10 tahun yang sudah, malah lebih tinggi lagi dan mungkin mencapai kenaikan 800-1000% menjelang tahun 2020.

Mustahil dan tidak masuk akal bukan?! Tapi itulah yang akan berlaku apabila melihat kepada analisis semasa trend kejatuhan dan kegagalan banyak matawang serta peningkatan tekanan ekonomi dan inflasi yang kian berganda saban hari, telah menyebabkan komoditi emas turut berganda dengan lebih giat.

Ingat! Kenaikan harga emas dunia merupakan penanda aras akan kemerosotan ekonomi dunia yang kian hari kian meruncing tanpa kita orang awam menyedarinya. Tiba masanya, yang kita semua akan tahu semua harga telah naik dan meningkat, semua servis dan perkhidmatan dinaikkan harga sedikit demi sedikit bagi mengikut kadar semasa tekanan ekonomi dunia yang kian melanda.
Kegawatan ekonomi ekonomi dunia seperti yang telah berlaku pada tahun 1870-an, 1890-an, 1929-1939, 1932-1933, 1997-1998 dan 2009 akan sentiasa berulang. Haruskah anda akan sentiasa menanti untuk ianya berlaku lagi dan terus-menerus menjadi mangsa ekonomi dunia?

Beli sekarang jika anda ada simpanan tunai, beli sewaktu harga jatuh beberapa kali dalam setahun sebelum ianya melonjak naik semula ke paras yang lebih tinggi.

Jika tidak, beli sahaja apabila ada RM… Ingat, simpanan dalam bentuk RM hanya merugikan walaupun nilaiannya sama kerana kuasa membeli wang akan terus merudum jatuh dan merosot, manakala emas pula tidak.

Read more...

Mengapa Perlu Simpan Emas?

Sunday, 17 July 2011


5 Sebab Mengapa Kita Perlu Menyimpan Emas!

1. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!
Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 24% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 satu gram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM160 satu gram!!!

2. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM5 sehari pun tidak cukup..  Tetapi dengan emas, jika 1400 tahun dahulu nilai seekor kambing ialah 1 dinar, maka pada hari ini, dengan 1 dinar, anda boleh membeli seekor kambing yang sama jenisnya.

3. Aset yang mudah untuk dicairkan
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain jika berlakunya peperangan? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

4. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

5. Emas ialah kekayaan yang sebenar
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Sebagai kesimpulan, emas adalah logam yang sangat istimewa. Ianya bukan sekadar sebab sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana:
  • Emas adalah lambang kekayaan
  • Emas adalah lambang kecantikan
  • Emas adalah lambang kekuasaan

Read more...

Emas Paling Selamat Simpanan Nilai

Monday, 23 May 2011

 
Di kalangan pelbagai jenis logam berharga , emas adalah yang paling popular kerana dianggap sebagai instrumen pelaburan yang selamat dalam melindung nilai penurunun nilai wang jika berlakunya krisis ekonomi, politik dan social.

Sejak 5,000 tahun dahulu emas dianggap sebagai logam penyimpan nilai , yang mana ia digunakan sebagai mata wang dan standard sandaran mata wang oleh tamadun Islam dan Negara global yang lain.


Pada kurun ke-19 negara di eropah mengamalkan sistem kewangan yang dikenali ‘Gold standard’ yang mana emas dijadikan sandaran rizab mata wang masing-masing, sebelum ia dirombak susulan krisis kewangan ekoran perang dunia pertama.


Selepas perang dunia ke-2 , sistem kewangan Bretton Woods diamalkan yang mana Dollar Amerika (US) yang mula menjadi mata wang utama dunia ditambat dengan emas pada kadar AS$35 setiap auns.


Sistem itu bertahan sehingga 1971 sebelum masyarakat antarabangsa beralih menggunakan sistem mata wang fiat yang berasaskan nilai sah yang dapat diterima umum dan tidak lagi bersandarkan emas. Switzerland Negara terakhir yang bertukar kepada sistem itu pada tahun 2000.


Bagaimanapun sehingga kkini, emas kekal sebagai logam penyimpan nilai kerana ia memiliki cirri istimewa seperti cantik pada pandangan mata, mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilai, mudah ditunaikan tidak boleh dibinasakan dan sukar diperoleh.


Emas dalam apa jua bentuk termasuk debu sekalipun tetap berharga. Harga syiling emas kijang Bank Negara pada 18 Januari 2001 adalah RM$1,082 satu auns dan harganya pada Jumaat akhir Julai 2010 adalah RM$4,060 satu auns, meningkat 275% atau boleh diterjemahkan sebagai purata pulangan 30.05 % setahun sepanjang tempoh 9 tahun.


Kenaikan tinggi harga emas khususnya sejak 2008 menyebabkan muncul banyak syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas secara meragukan di Negara ini dan sebilangan daripadanya menyebabkan kerugian jutaan ringgit wang pelabur.


Pelaburan emas sebetulnya boleh dibuat secara sendirian dengan membeli emas di kedai emas , membeli wang syiling emas kijang Bank Negara daripada Bank terpilih, membeli emas fizikal di bank yang menawarkan jualan serta menerusi pembukaan akauan simpanan emas yang ditawarkan dibeberapa bank di negara ini.


Pelabur disarankan membeli emas di kedai emas terkemuka bagi memudahkan ia dijual pada masa depan. Untuk tujuan pelaburan emas itu hendaklah jongkong emas 24 karat atau emas 999. Bukannya barang kemas kerana harganya lebih tinggi kerana ada upah tukangan dan keuntungan jualan dan ada potongan apabila emas itu dijual kembali dan lazimnya potongan itu adalah antara 10%-15.


Emas Syiling kijang Bank Negara boleh dibeli di cawangan bank seperti Malayan Banking Bhd (Maybank) terpilih dan maklumat mengenai harga jual beli syiling itu boleh diakses di laman web bank Negara (www.bnm.gov.my dan maybank2u.com. Selain itu pelabur juga membeli emas yang ditawarkan oleh Bank tempatan antaranya Public bank )Gold Investment Account (GIA) dan Maybank saving passbook Account( GSPA.


Melabur emas hendaklah mengetahui cara-caranya dengan betul supaya tidak tertipu dengan pelbagai skim pelaburan yang hanya diwujudkan untuk mengambil kesempatan ekoran kenaikan harga logam berkenaan.


• Penulis pernah hadir suatu forum ekonomi pada yang dibentangkan oleh pakar, penganalisis ekonomi Negara dan Mantan Presiden Bursa Malaysia Dato’ Salleh Majid bahawa pelaburan emas adalah yang paling tinggi keuntungan disamping kurang risiko namun perlu mengetahui cara dan ilmu berkaitannya, dan pesanannya kepada hadirin sekiranya ada wang agak banyak segeralah beli emas atau syling emas dan seumpamnya dan Insyallah banyak untung dan tidak rugi berbanding pelaburan benda lain.


• Melabur dengan Dinar Emas merupakan salah satu alternatif pelaburan yang baik kerana emas merupakan logam yang paling stabil nilainya di dunia.


• Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


• Antara kelebihan Dinar Emas:
• 1. Harganya agak murah dan mampu milik.
• 2. Bebas daripada inflasi.
• 3. Bebas daripada unsur riba'.
• 4. Sebagai alat transaksi pertukaran.
• 5. Sebagai simpanan dan pelaburan, pembayaran zakat, hadiah, maskahwin dan hantaran perkahwinan.

Read more...

Emas Sebagai Simpanan, Pelaburan atau Perlindungan?

Wednesday, 18 May 2011

"GEORGETOWN: Seorang pemilik kedai emas yang kerugian antara RM3 hingga RM4 juta, adalah antara 30 mangsa yang kehilangan RM30 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan jongkong emas di negeri ini. Mangsa yang berusia 40-an mendakwa, segala titik peluhnya selama 20 tahun hilang sekelip mata selepas terjebak dalam skim itu tahun lalu. Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata mangsa adalah seorang daripada 30 pelabur skim itu yang membuat laporan polis."
Walhal, sebelum ini pun dah banyak kes-kes penipuan yang melibatkan pelaburan emas, ada yang diuruskan oleh syarikat dan ada juga secara individu. Persoalannya kenapa masih terdapat lagi golongan yang menjadi mangsa? sedangkan bukan sahaja dari golongan yang tiada pengetahuan tentang emas, bahkan golongan yang telah berkecimpung dalam perniagaan emas pun terkena sekali. So What?


Di sini ada perkara yang perlu kita pertimbangkan dahulu sebelum kita membuat keputusan menyimpan atau melabur. Kita sering diberitahu dan diseronokkan dengan khabar-khabar mengenai faedah yang bakal kita perolehi sekiranya kita menyimpan atau melabur dalam emas. Ya! memang betul ada fakta dan rekod terdahulu yang boleh kita rujuk untuk menyakinkan diri bahawa kita akan mendapat keuntungan. Tapi...

Apa yang kita hendak sebenarnya? itu masing-masing ada jawapan tersendiri. Tetapi pada saya apa yang telah dikupaskan oleh UZAR sudah cukup menyedarkan diri sendiri. Keuntungan yang dicari, yang terjadi sebaliknya. Maka saya mengambil jalan selamat dengan menjadikan stok emas jongkong dan dinar emas yang ada sebagai pelindung sahaja, bukan untuk pelaburan. Jangan kerana terlalu seronok menjangkakan kenaikan nilai emas dan dinar dimasa hadapan kita berusaha mendapatkan wang ringgit samada secara pinjaman, overdraft, ansuran dsbnya untuk menyimpan atau melabur dalam emas. Adalah salah jika kita beria-ia meletakkan keyakinan yang sungguh-sungguh tentang ramalan/jangkaan kenaikan harga emas dimasa hadapan. Ramalan tetap ramalan, sama juga kalau kita yakin terhadap ramalan kaji cuaca itu pun dikira salah. Sekadar rujukan tidak mengapa, tetapi tidak meletakkan keyakinan. Sebenarnya, tak salah kalau nak simpan emas banyak-banyak, sebab dalam Islam pun dibenarkan selagi emas itu samada pakai(terlebih uruf) dan simpan melebihi nisab perlu dikeluarkan zakat.

Terbaik pada saya, jika kita ada lebihan simpanan wang ringgit atau nak beralih pelaburan sediada. Maka, inilah yang sepatutnya kita lakukan dengan menyimpan emas melalui lebihan simpanan & pelaburan lain. Niat kita bukan untuk keuntungan semata-mata, tapi simpan emas untuk pelindung kekayaan aset. Sebab nilai wang ringgit akan mengalami inflasi dari masa ke semasa, jadi emas sebaik-baik alternatif untuk menyelamatkan aset kita. Sebenarnya, bukan emas sahaja menjadi pilihan, perak pun sesuai juga untuk jangkamasa panjang.

Read more...

Emas Sebagai Penyimpan Nilai

Wednesday, 27 April 2011


Sekarang adalah musim membeli emas bagi pihak yang meminatinya.

Namun terdapat 2 jenis penggemar emas.
Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan.

Saya adalah yang lebih cenderung ke arah simpanan berbanding pelaburan.

Harga emas, membuak pada peratusan yang agak tinggi beberapa tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu.

Bihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yng disimpan, tetapi 'meminjamkan' emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan untuk mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi.

Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain dengan menggunakan kertas sahaja.

Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas perlu dimiliki sebagai rizab bagi sesebuah keluarga atau individu. Ini disebabkan kerana sifat wang kertas itu yang sentiasa mengembang.

Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila wang kertas dicetak, nilainya akan turun.

Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak.

Pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah 12.47 bilion.
Pada laporan BNM yang terkini nilai itu meningkat kepada lebih 200 bilion.

Jika kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah 16 kali ganda atau 1600%.

Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda.

Belum lagi.

Secara kasar, berdasarkan pemahaman ringgit, jika wang dicetak lebih, nilainya turun.
Namun apa yang berlaku ialah nilai lambat turun, tetapi tetap akan turun.

Pembuakan harga emas dalam USD adalah berkait dengan bekalan wang Amerika.

Di Malaysia, kita masih terikut tukaran asing untuk mendapatkan harga emas.

Akan tetapi apabila "Ringgit" dibandingkan dengan emas yang berada di Malaysia, maka akan tahulah nanti berapa nilai ringgit yang sebenar.

Pada kehidupan harian, nilai yang ada pada ringgit itu merosot setiap tahun, pada kadar yang sedikit.
"inflasi 3% , apa kisah"

Namun inflasi sebenar adalah kadar yang lebih tinggi.
Sistem kawalan harga yang membuatkan ianya kelihatan rendah.

Satu hari nanti ia akan membuak jua. Tanda tanda awal ialah "tidak mampu tanggung subsidi".
Pengsubsidian adalah kaedah menyembunyikan inflasi sebenar.

Fungsi emas adalah menyimpan nilai sebenar.

Andai kata 20 gram emas mampu untuk menghantar anak ke universiti.
Maka kalau ada krisis kewangan bagaimana pun, 20 gram emas itu masih mampu untuk menghantar anak ke universiti, walaupun ketika itu 20 gram emas harganya RM 10,000.


Menurut teori ahli kewangan yang tersohor, supaya menyediakan rizab kewangan beberapa bulan gaji.
Maka rizab itu perlu disediakan juga dalam bentuk emas.

Memang kalau boleh tidak mahu ringgit itu runtuh, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.

Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah Kertas itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas jepun pula tidak laku.

Apa terjadi kalau hasil titik peluh disimpan dalam bentuk wang kertas, lenyap sekelip mata?

Maka, menyimpan emas, adalah menyimpan hasil titik peluh, supaya nilainya tidak merosot akibat membuakan inflasi atau krisis kewangan.

sumber: hasbullah.pit.my

Read more...

Beli Emas atau Beli Handphone

Monday, 18 April 2011

Bersyukur pada Allah Taala kerana dengan izinNya terbuka dihati aku untuk mengenali pelaburan emas dan menceburkan diri dalam pelaburan emas.Rasa rugi pulak kerana baru menyedari akan potensi pelaburan emas untuk masa depan.Insyallah kalau tidak ada halangang , minggu depan aku akan mula bergiat secara aktif dalam pelaburan emas di Malaysia. Cuba anda renung dan fikir-fikirkan .

Pada suatu hari anda ingin membeli handphone / hp baru . Mesti handphone yang anda inginkan glamour . bergaya dan mempunyai ciri-ciri yang canggih seperti mempunyai camera , wifi , 3g dan sebagainya.Dengan ciri-ciri seperti itu tentu harganya bernilai ribuan ringgit.So apa tindakan yang anda lakukan adalah mengeluarkan duit dan terus membeli.

Selang beberapa bulan anda telah jemu menggunakan handphone tersebut dan ingin menjualnya.Adakah nilai handphone tersebut sama dengan nilai semasa anda membelinya.Tentu sama sekalinya tidak.So anda akan kerugian. Nilai emas yang anda miliki tersebut akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.So marilah kita sama-sama menjadi seorang yang bijak dalam mengurus kewangan dan aset masa depan.Emas adalah cara terbaik menyeleasaikan segala masalah kewangan anda.Selamat berjumpa kembali…

Read more...

Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas

Saturday, 16 April 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ramai yang tanya bagaimana hendak memulakan pelaburan emas? Jawapan saya amat mudah, jika anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi anda sudah boleh memulakan pelaburan emas.

Bila masa yang sesuai untuk membeli emas?


Bagi anda yang baru hendak memulakan pelaburan emas, anda tidak perlu tunggu masa yang sesuai. Ada duit cukup, jalan...


Kalau beli sekarang harga akan turun, nanti aku rugi la...

Jangan ada mindset seperti ini, anda beli emas bukan beli handphone atau kereta. Ingat walaupun rugi dalam RM 10 (Katakan la....) harga emas akan naik dalam 20-40% setahun. Beli sekarang tunggu dan sabar...

Kalau dah beli nak buat apa dengan emas tu?


Ok, jika anda sudah membeli emas, apa lagi simpan la... Ingat emas yang anda beli bertujuan untuk pelaburan... Kalau nak simpan, simpan dalam tempoh masa yang panjang, setahun baru nampak hasil

Kalau beli rantai emas sesuai tak?

Rantai emas kurang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan kerana nilai spread jualannya yang agak tinggi. Yang paling sesuai ialag goldbar berketulenan 999.




Kalau saya simpan Dinar/Emas kena keluar zakat tak?


Wajib bila sudah cukup nisab, bagi emas yang disimpan berat yang wajib dikeluarkan zakat ialah 85gram dan keatas. Jika dinar emas ia bersamaan 20 Dinar emas. Jumlah yang perlu dikeluarkan zakat ialah 2.5%


Saya memulakan pelaburan emas pada 19 Ogos 2010, selepas terbaca artikel yang ditulis oleh Nik Aziz Nik Mat berkaitan dengan pelancaran Dinar Emas. Sejak itu bermulalah pengembaraan saya mencari Rahsia Emas. Saya tak pegang prinsip " Tunggu Harga emas turun baru beli" apa yang saya buat, saya terus ke Public Gold di Bukit Jambul dan saya membeli 3 Keping 1 Dinar. Waktu tu harga 1 Dinar = RM586. Mula-mula ingat nak melabur, tapi terus saya ambik keputusan untuk jadi dealer. Jom, kawan-kawan kita perlu bijak merancang kewangan masa depan, masa muda jangan terlalu enjoy dengan barang berjenama...

Jangan Tunggu lama-lama... ada wang terus melabur dengan emas...

sumber: kilauandinar.blogspot

RAHSIAKECANTIKAN.COM MENJUAL DAN MEMBELI EMAS PELABURAN (GOLD BAR / DINAR)

BERMINAT UTK MENJADI DEALER PUBLIC GOLD ATAU INGIN MEMBELI EMAS PELABURAN SILA EMAIL rahsiakecantikan@yahoo.com.

Read more...

Untung Melabur Dengan EMAS 20-30% Setahun

Thursday, 14 April 2011



Bukti Kenaikan Harga Emas vs ASB Gold Bar Suatu Ketika Dahulu (10/4/2009)


Gold Bar Kini (29/12/2010)


Peratus Kenaikan dalam SETAHUN + + Untung 47.10% Dinar Emas Suatu Ketika Dahulu (5/02/2009)


Masa Berlalu Pantas (29 Disember 2010)


Peratus Kenaikan dalam SETAHUN + + Untung 41.84% Bandingkan Dengan ASB


Tahun 2010 Dividen + Bonus = 8.75% Yang Mana satu UNTUNG? Keputusan Di Tangan Anda

Read more...

Nilai Wang Kertas Sentiasa Jatuh!

Tuesday, 12 April 2011


Tahukah anda bahawa nilai wang kertas akan jatuh di dalam jangka masa panjang?

Ya, hakikatnya nilai wang kertas pasti akan jatuh di dalam jangka masa panjang disebabkan oleh faktor Inflasi.

Sebaliknya nilai emas akan naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas.

Di dalam jangkamasa panjang wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana semakin lama disimpan maka nilai wang kertas semakin merosot.

Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.

Kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi. Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang belanja antara 20 sen ke 30 sen sahaja.




Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman.

Bagaimana dengan sekarang? – tahun 2011?

Wang saku RM2 hingga RM3 belum tentu cukup, bahkan ada pelajar yang membawa wang saku ke sekolah sekurang-kurangnya RM10.

Nah, lihatlah apa yang akan berlaku jika kita terus simpan wang dalam nilai RM. Langkah terbaik sekarang adalah dengan menambat nilai RM pada NILAI harga EMAS.

Sebabnya hanya satu, harga emas sentiasa NAIK dan nilai wang kertas sentiasa JATUH!


Read more...

Rahsia EMAS Rezeki anda

Friday, 8 April 2011

Jenis-jenis Pelaburan





Hasil dividen + bonus setiap tahun



Harga emas sentiasa naik, bukti?



Harga emas dalam masa 5 Tahun naik sebanyak 174.24% dengan purata 34.8% setiap tahun. Jika anda membeli emas 5 tahun lepas dengan harga RM1000, kini anda sudah untung sebanyak RM1740.


Kenapa Emas?


Emas kalis inflasi, wang kertas hanyalah kertas,nilai tidak disandarkan pada logam beharga. Nilai emas tidak boleh jatuh, harganya ditentukan oleh pasaran dunia, bukan kerajaan



Pilihan di tangan anda.... Anda bijak menilai... Anda buat keputusan...


Yang mana lebih baik?
Emas atau Wang Fiat?


Jika anda menyimpan emas....

Read more...

Manipulasi Wang Simpanan

Monday, 4 April 2011



Kebanyakkan rakan-rakan yang saya tanya, " ada simpanan, atau pelaburan, ASB, Tabung haji tak?" kebanyakan hanya ada akaun simpanan daripada memiliki sebarang bentuk pelaburan. Memang tak yah nak cakap kalau saya dengar pelaburan rasa macam gerun + modal juta-juta + risiko tinggi. Namun kini anda tidak perlu rasa kecewa, logam mulia kurniaan Allah s.w.t iaitu emas boleh dijadikan pelaburan yang menguntungkan serta bebas risiko + kalis inflasi (graf menunjukkan kenaikan harga emas dalam 5 tahun). Bagaimana, saya akan sambung dalam artikel terbaru nanti .



Read more...

Tempat Penyimpanan Emas

Saturday, 26 March 2011



Assalamualaikum Wbth,

Ada dikalangan pembeli emas membeli emas berkilo-kilo, agaknya dimanakah anda menyimpan emas tu ye !

Sebenarnya ada berbagai-bagai cara untuk menyimpan emas ni, ikutlah kreativiti anda semua tetapi jangan pula beritahu semua ye nanti jadi masalah pulak!

Di antara kaedah menyimpan emas ialah:

1. Menggunakan cara pajak gadai ( akan dibincangkan dlm artikel lain)
Ini adalah salah satu cara pajak emas dan simpan serta dapat duit.

2. Bank-Bank tempatan ada menyediakan kaedah dikenali sebagai safe deposit box
Saya ada juga bertanyakan tentang kaedah di atas di Public Bank tetapi setakat ini masih dalam senarai menunggu.
Rujuk sini untuk mengetahui syarat-syaratnya.
Ada berbagai-bagai jenis box dan caj penyimpanan untuk setahun iaitu
a. 3" X 5" X 24" RM100
b. 3" X 10" X 24" RM130
c. 5" X 10" X 24" RM160
d. 10" X 10" X 24" RM200

3. Ada beberapa syarikat yang menyediakan tempat untuk simpanan emas iaitu

http://www.safedepositbox.com.my



INTRODUCTORY OFFER RATES
NO Dimension of Safe Deposit Box VALUE PLAN
FOR 1 YEAR

RENTAL PER YEAR SAVER PLAN
FOR 2 YEARS

RENTAL PER YEAR
1 3” x 5” X 24” RM 130 RM 80
2 5” x 5” x 24” RM 150 RM 100
3 3” X 10” X 24” RM 170 RM 120
4 5” x 10” x 24” RM 200 RM 150
5 10” x 10” x 24” RM 250 RM 200
Rates may differ at different locations



Refundable Key Deposit RM 200
Stamp Duty on Agreement RM 10
Selected Numbers RM 100
Break Box Charge RM 250






Insurance cover for contents valued at up to RM 10,000 is provided. Additional coverage can be privately arranged for an extra RM 20 per additional RM 10,000 coverage, subject to a maximum of RM 80,000 per box.





Each Safe Deposit Box is fitted with a dual control lock, with two keyholes. This ensures that the custodian has to be present when any Safe Deposit Box is accessed. One key is for the customer, and the other is for the custodian. The custodian's key must be inserted before the customer's key can be used. It is impossible for the customer to remove their key without closing and locking their Safe Deposit Box.


Customers are also allowed to use personal locks as extensions to the safe deposit lock system provided.

4. Royal Safe Box (http://www.rsdb.com.my/)
Detail

Box Sizes and Rental Rates

Inclusive of Insurance Up to RM100,000.00 per Box*

Size (inches) Annual Rental Rates*
Royal 1- 5" x 5" x 23" RM 270.00
Royal 2- 3" x 10" x 23" RM 330.00
Royal 3- 5" x 10" x 23" RM 410.00
Royal 4- 10" x 10" x 23" RM 480.00
Service Charges

Refundable Key Deposit RM 250.00
Stamp Duty RM 20.00
* Safe Deposit Boxes Insured by ACE Synergy Insurance Berhad




Ada berbagai-bagai cara menyimpan emas terpulanglah kepada anda untuk memilihnya, di atas adalah salah satu daripadanya.

Pilihan terletak di tangan anda so buatlah pilihan yang bijak !!!

Read more...

Jangan simpan wang kertas rugii....Bertukarlah kepada simpanan emas.

Monday, 21 March 2011


Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.


Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?


Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.


Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.


Bagaimana?
Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!


Berdasarkan carta kenaikan harga emas dunia sebanyak 284% dalam masa 10 tahun.Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah 28.4%.So marilah kita sama-sama mengambil peluang meningkat taraf ekonomi melalui pelaburan emas.

Read more...

KENAPA EMAS PELABURAN TERBAIK

Tuesday, 15 March 2011



Why Gold is a Good Investment

You might think why should I invest in gold, it doesn't pay me an interest, it's not backed by the government such as US bonds and it's subjected to wild volatility. Oh! By the way it's at an all time high!


Some people I talk to wonder if they've missed the boat in gold. They fear they've waited too long to buy gold stocks or there hasn't been a significant pullback in price to enter. When you look at the grand scheme of things, buying at these levels will be so insignificant 2-5 years ahead; gold is in a secular bull market. Buying gold as an investment for the purpose to preserve your wealth for what is too come is wise. Trading gold to make quick profits is not worth the stress; leave it up to the professional traders. I strongly believe the greatest wealth shift will happen in the coming years.

It's not too late to buy gold; ask your friends and family about gold as an investment, more likely they are not interested or they don't know about it. This is the way you want it, when the masses are not looking you are accumulating. There will be at some point in time where everyone will be talking about gold, your friends, family your neighbor even the taxi driver; it would be a mad frenzy to buy the golden relic. By that time you will know it's time to sell out. At the moment we are still far from that euphoric phase.



Why invest?


• The U.S. dollar - Since July 2001, the US dollar has plummeted as much as 36 percent against other major world currencies, and there's plenty of room for the dollar to keep falling. The massive U.S. government debt of $12.5 trillion, bailout commitments and guarantees from the U.S. Treasury and the Federal Reserve equaling almost $13 trillion, a massive spending budget of $3.8 trillion and other government financial obligations is going to help push the dollar even further down the slope. Since gold is priced in dollars, as the dollar goes down, gold usually goes up.

• Gold in financial products - As the global financial crisis has worsened, investors have fled to the safe-haven of gold. In 2008, 320.9 metric tons of gold flowed into Exchange Traded Funds (ETFs), a 27 percent increase over a year earlier. ETFs continued to grow in 2009 as investors bought a record 594.7 metric tons, an 85 percent increase over '08. As of October 2009, the total holding in ETFs was 1,750 metric tons, worth more than $48.6 billion. ETFs and similar products are now listed in exchanges in 12 countries.



• Gold in China and India - In 2007, China overtook the United States as the second-largest gold consumer in the world. Consumer demand reached 427.5 tons in 2009 - nine percent higher than 2008. China consumes more gold than it produces - this couldn't be more bullish for gold. The World Gold Council (WGC) forecasts that gold consumption in China could double in the coming decade as a result of rising demand for jewelry, hard-asset investments and industrial uses. China has reported it's boosted its gold reserves by 76 percent to 1,054 metric tons, becoming the world's fifth-largest holder of gold.

India's central bank recently purchased 200 tons of gold for $6.7 billion! India is the world's largest consumer of gold in tonnage terms, accounting for about 23 percent of global gold jewelry demand and about 11 percent of global net retail investment (gold bars and coins).

• Gold supplies are shrinking - The U.S. Geological Survey - a division of the Department of the Interior - recently announced that there are now fewer than 50,000 tons of proven gold reserves left in the ground worldwide that the world will run out of in-ground supplies of gold within 20 years. South Africa and Australia had the steepest production declines. South Africa's production dropping to its lowest level in 86 years, while Australia's gold production hit 19-year lows. And mine production has the potential to fall even further as the credit crisis continues to impact mining companies.



• Source: http://ezinearticles.com/?Why-Gold-is-a-Good-Investment&id=4275201

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP