Emas Sebagai Simpanan, Pelaburan atau Perlindungan?
"GEORGETOWN: Seorang pemilik kedai emas yang kerugian antara RM3 hingga RM4 juta, adalah antara 30 mangsa yang kehilangan RM30 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan jongkong emas di negeri ini. Mangsa yang berusia 40-an mendakwa, segala titik peluhnya selama 20 tahun hilang sekelip mata selepas terjebak dalam skim itu tahun lalu. Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata mangsa adalah seorang daripada 30 pelabur skim itu yang membuat laporan polis."
Walhal, sebelum ini pun dah banyak kes-kes penipuan yang melibatkan pelaburan emas, ada yang diuruskan oleh syarikat dan ada juga secara individu. Persoalannya kenapa masih terdapat lagi golongan yang menjadi mangsa? sedangkan bukan sahaja dari golongan yang tiada pengetahuan tentang emas, bahkan golongan yang telah berkecimpung dalam perniagaan emas pun terkena sekali. So What?
Di sini ada perkara yang perlu kita pertimbangkan dahulu sebelum kita membuat keputusan menyimpan atau melabur. Kita sering diberitahu dan diseronokkan dengan khabar-khabar mengenai faedah yang bakal kita perolehi sekiranya kita menyimpan atau melabur dalam emas. Ya! memang betul ada fakta dan rekod terdahulu yang boleh kita rujuk untuk menyakinkan diri bahawa kita akan mendapat keuntungan. Tapi...
Apa yang kita hendak sebenarnya? itu masing-masing ada jawapan tersendiri. Tetapi pada saya apa yang telah dikupaskan oleh UZAR sudah cukup menyedarkan diri sendiri. Keuntungan yang dicari, yang terjadi sebaliknya. Maka saya mengambil jalan selamat dengan menjadikan stok emas jongkong dan dinar emas yang ada sebagai pelindung sahaja, bukan untuk pelaburan. Jangan kerana terlalu seronok menjangkakan kenaikan nilai emas dan dinar dimasa hadapan kita berusaha mendapatkan wang ringgit samada secara pinjaman, overdraft, ansuran dsbnya untuk menyimpan atau melabur dalam emas. Adalah salah jika kita beria-ia meletakkan keyakinan yang sungguh-sungguh tentang ramalan/jangkaan kenaikan harga emas dimasa hadapan. Ramalan tetap ramalan, sama juga kalau kita yakin terhadap ramalan kaji cuaca itu pun dikira salah. Sekadar rujukan tidak mengapa, tetapi tidak meletakkan keyakinan. Sebenarnya, tak salah kalau nak simpan emas banyak-banyak, sebab dalam Islam pun dibenarkan selagi emas itu samada pakai(terlebih uruf) dan simpan melebihi nisab perlu dikeluarkan zakat.
Terbaik pada saya, jika kita ada lebihan simpanan wang ringgit atau nak beralih pelaburan sediada. Maka, inilah yang sepatutnya kita lakukan dengan menyimpan emas melalui lebihan simpanan & pelaburan lain. Niat kita bukan untuk keuntungan semata-mata, tapi simpan emas untuk pelindung kekayaan aset. Sebab nilai wang ringgit akan mengalami inflasi dari masa ke semasa, jadi emas sebaik-baik alternatif untuk menyelamatkan aset kita. Sebenarnya, bukan emas sahaja menjadi pilihan, perak pun sesuai juga untuk jangkamasa panjang.

0 comments:
Post a Comment