Powered by Blogger.
Authorized Dealer (A3668) Public Fine Gold International Sdn Bhd

Menjual dan membeli emas pelaburan (gold bar & dinar)

Berminat utk menjadi agen public gold email saya di rahsiakecantikan@yahoo.com

Menjual produk kesihatan dan kecantikan online rahsiakecantikan.com

Simpan Emas Jimat Belanja Kahwin

Monday, 16 May 2011

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Kos kahwin sekian hari semakin meningkat,  harga dan perkhidmatan persiapan perkahwinan semakin mahal, jelas disitu inflasi semakin meningkat. Kita memerlukan kos yang tinggi untuk membeli barang yang sama digunakan setiap tahun.  Contoh, perkhidmatan fotografi dulunya hanya menelan belanja RM1000, sekarang sudah mencecah RM1500, padahal peralatan yang digunakan adalah sama seperti tahun-tahun sebelumya.
Setiap majlis perkahwinan memerlukan sebentuk cincin, kebiasaannya cincin emas buat si isteri yang tercinta, cincin menjadi tanda ikatan sah suami dan isteri.

Pada tahun 1997, 1gram emas bernilai RM36, tahun ini 2011, 1gram emas sudah berharga RM150. Kiranya andai cincin berat 4 gram itu berharga RM150 siap upah tukang emas, hari ini anda perlu sediakan duit RM600 untuk cincin berat yang sama iaitu 4gram. Oh! inflasi..
rujuk disini –  Gold Price Malaysia per gram

Anda sudah bersedia untuk berkahwin? Kewangan anda macam mana? Kos kahwin sekarang dianggarkan dalam RM20000 ~ RM25000 dan mungkin lebih lagi, tapi saya ambil purata RM25000.  Saya akan tunjukkan bagaimana dengan menyimpan dinar emas dapat membantu anda menjimatkan kos perkahwinan anda.

Tahun bercadang untuk kahwin :  2016
Tahun sekarang : 2011
Tahun untuk persiapan : 5 tahun
Kos Kahwin : RM25,000.00 (Hantaran,Mas kahwin,Kenduri,Kos Hangus)

Kaedah:
Simpan atau beli dinar/emas pada tahun 2011 dengan harga : RM640
Purata kenaikan harga emas bagi 1 tahun: 25-30% (saya ambil 25%)
1. Harga dinar/emas pada tahun 2016 :  RM1953 ( pengiraan detail)
2. Harga dinar/emas pada tahun 2016 : RM1619 (pengiraan ikut sejarah peratus kenaikan di GoldPrice.org)

Dinar yang anda perlukan pada tahun 2016 : 16 Keping
RM25,000/RM1619 :  15.4 ~~ 16 keping

* saya pilih harga no2, rendah tidak mengapa, sebab harga semasa dinar pada tahun 2016 mungkin lebih dari RM1619 

Kesimpulan:
Anda perlu membeli dinar/emas pada tahun 2011 sebanyak : 16 keping
Harga dinar / emas pada tahun 2011 : RM640 x 163 : RM10240
Jangkaan harga 1 dinar emas bernilai RM1619 pada tahun 2016, dengan bermodalkan RM10240 pada tahun 2011, anda mampu membiayai kos perkahwinan anda pada tahun 2016! InsyaAllah..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP